|
Bersih 2.0 menerusi laman Facebook memaklumkan akan mengadakan webinar kedua jam 8.30 malam ini. Ia bagi membincangkan beberapa aspek reformasi parlimen yang perlu diperkasa bagi mengukuhkan institusi itu serta mengetengahkan isu Speaker Dewan Rakyat. Ahli panel yang akan hadir pada malam ini ialah Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii, Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan moderator Ann Teo. Loading FB Post...
Bersih 2.0 sebelum ini melancarkan petisyen bagi menolak usul Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming pada hari pertama sidang Parlimen yang akan berlangsung pada 13 Julai. Ia adalah webinar siri kedua selepas siri pertamanya diadakan pada 30 Jun lalu. - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.028869 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.