CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Sangka Budak 12 Tahun Macam Saya Dah Boleh Beli Vellfire" - Alyssa

3-7-2020 12:30 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 17412| Komen: 91|Original author: Oleh: LilRose

Kebiasaannya, kanak-kanak pasti menagih sesuatu daripada ibu bapa mereka, namun tidak ramai yang mula berfikir untuk memiliki sebuah kereta di usia muda. Apatah lagi untuk membelinya sendiri dengan hasil titik peluh sendiri.



Kredit foto: IG

Harian Metro melaporkan, penyanyi dan pelakon Aryanna Alyssa Dezek membeli kereta idamannya, Toyota Vellfire hanya ketika di usia 12 tahun.

"Tak sangka juga budak yang baru berusia 12 tahun macam saya, sudah berjaya membeli sebuah kereta hasil duit yang diperoleh daripada saluran YouTube

"Saya sangat gembira apabila dapat membeli kereta idaman ini sekali gus boleh digunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi kesenangan dengan keluarga. Lagipun, saya ingin menghargai diri selepas bekerja keras," katanya.



Katanya, dia tidak menyangka dengan hanya memuat naik video lagu 'cover' di YouTube sejak berusia empat tahun membolehkan dia membeli sebuah kereta dianggarkan berharga lebih RM250,000.

"Malah single terbaharu saya berjudul Lagu Untuk Kamu sudah berjaya ditonton sebanyak 56 juta selain ada video-video lain yang berjaya mendapat jutaan tontonan," katanya.

Dia bagaimanapun menegaskan bukan berniat menunjuk pencapaiannya, sebaliknya mahu memberi inspirasi kepada orang luar terutama kanak-kanak yang sebayanya untuk berusaha bagi mencapai impian.

"Saya harap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak. Bayangkan di usia 12 tahun ini, saya boleh beli kereta sendiri.



"Apa yang dimiliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya ingin beritahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan. Cuma perlu berusaha untuk mencapainya.

"Setiap orang boleh cuba dan hasilkan video yang berfaedah dan kreatif. Buatlah video yang boleh menarik perhatian penonton," katanya. - CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • PamilaRBowman

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 3-7-2020 12:53 PM
Alyssa ni pernah masuk rancangan Ceria popstar kalo tak silap aku. Dah besau dah. Semoga pelajaran & seni balance.
Quote Orix 3-7-2020 01:10 PM
Who r yusss dekkk. Taylor swift dpt duit jota2 ms zaman remaja terus beli saham n rumah dekkk. Kereta pn smpi skrg even taylor ada rete 400juta US dollar pun dia drive Toyota Altis je dekkkk. Warren Buffet yg ada ratus billionzzzzz pn drive kereta rege 90k je dekkk. Kowserrr la dek beli velfire pn nk cerita, lesen ada ke dek?
Quote wanzulina 3-7-2020 01:13 PM
Simpan duit dik untuk masa depan. Lps tu belajar pandai2. Biar org kata beauty with brain.
Quote miemiecha 3-7-2020 01:26 PM
muka dia last cam budak laki pelakontu convert mekap jd muka gigirl tp x mcm gigil..
Quote nazzse 3-7-2020 01:38 PM
Budak ni belakon tak best!
Tahniah la jgk kecik dah pandai cari duit
Yg penting pelajaran jangan abai
Dah besar nanti cari kerja lain ya
Quote Abot 3-7-2020 01:40 PM
Mak ayah kene main peranan..jgn la terleka dgn bnda xdak faedah. Rezeki Allah bg guna sebaik nye
Quote Tweety_Senrose 3-7-2020 01:41 PM
Asal kaya beli kereta. Tak masalah cuma better lagi beli rumah. Dah kau boleh drive nanti baru beli kereta. Ni rugi je orang lain yang pakai, dah besar nanti beli pulak kereta lain sebab berubah minat. But then again, it's your money so whatever.
Quote kukukatablog 3-7-2020 01:42 PM
aku pon x kenai budak ni,
lantak dialah nak beli apa ramai naw bitter....
Quote mieymiey 3-7-2020 01:46 PM
Budak ni cute, tapi kenapa dimekapkan sebegitu? Hodoh yach!
Quote pittjie 3-7-2020 01:49 PM
nazzse replied at 3-7-2020 01:38 PM
Budak ni belakon tak best!
Tahniah la jgk kecik dah pandai cari duit
Yg penting pelajaran jangan  ...

Kan. Dia berlakon ala2 kayu jgk.
Quote asamfish 3-7-2020 01:53 PM
Satu je harapan aku
jgn nanti ujung2 jadi macam primadona2 yang terdahulu
ujung2 kena minta derma
utk kelansungan hidup
nauzubillah....
beringat la nakkkkk
Quote dua_chzy 3-7-2020 01:58 PM
Boleh tak jangan nak sembang lebat sangat?
Quote haruno_sakura 3-7-2020 02:08 PM
Kata2 dia nmpk matang.
Boleh jd inspirasi pd yg lain
Quote cikatilia 3-7-2020 02:10 PM
jgn nanti terasa depresi sbb kena tanggung seisi keluarga..
mak pak tiba2 jadi pemalas
Quote tagas 3-7-2020 02:33 PM
wat duit utuber

patut la menyemak slalu kat wall enfon aku

pd hal tak subscribe pun
Quote azimodin 3-7-2020 02:37 PM
Bukan x boleh beli kereta tapi kereta mewah ni kena siapkan duit je la untuk maintenance. Kalau meouls kaya, meouls beli emas & masuk asb banyak2.
Quote Kurex 3-7-2020 02:38 PM
Jgn jadi balqish 2.0 ye
Quote labulaba 3-7-2020 03:08 PM
56 juta view kalau dapat USD0.001 per impression = USD56,000.

forex to MYR 4.3 = MYR240,800.

wow dikkkk!
Quote labulaba 3-7-2020 03:14 PM
labulaba replied at 3-7-2020 03:08 PM
56 juta view kalau dapat USD0.001 per impression = USD56,000.

forex to MYR 4.3 = MYR240,800.

total view channel dah lebih 170 million!

alyssa.png

boleh beli rumah lepas ni dikkkk!

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.051724 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top