|
Hanya kerana motosikalnya digunakan ahli keluarga lain, lelaki berusia 40 tahun tergamak membuat laporan polis terhadap ibunya. Sinar Harian yang memetik Kompas melaporkan, laporan yang dibuat terhadap Kalsum, 60, itu bagaimanapun ditolak kerana dianggap tidak munasabah.
Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polis Lombok Tengah, Priyo Suhartono berkata, insiden berlaku antara dua beranak itu adalah konflik dalaman keluarga. Dia menasihati semua ahli keluarga yang terbabit dalam konflik itu harus berbincang untuk menyelesaikannya secara baik. "Konflik mula tercetus apabila si anak menjual tanah warisan ayahnya bernilai Rp200 juta (RM60,217). "Hasil daripada jualan tersebut, si anak hanya memberikan ibu Rp15 juta (RM4,516). "Dengan wang tersebut, si ibu membelikan sebuah motosikal dan diletakkan di rumah saudara mereka. Motosikal tersebut kemudian digunakan secara bersama," katanya.
Bagaimanapun, lelaki terbabit berang apabila mengetahui kewujudan motosikal tersebut dan mendakwa ibunya menyembunyikan motosikal tersebut daripada pengetahuannya. Kalsum yang sedih apabila mendapat tahu mengenai laporan berkenaan mengakui hubungan mereka memang renggang, malah pernah diusir keluar daripada rumah. - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.337275 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.