CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemburu Tak Dapat Perhatian, Labrador Serang Bayi Kembar Sampai Mati

3-7-2020 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5369| Komen: 34

Seekor anjing dikatakan 'cemburu' kerana tidak mendapat perhatian bertindak ganas dengan menyerang bayi kembar tuannya.

Daily Mail melaporkan, kejadian di Timur Laut Bahia, Brazil itu menyebabkan bayi kembar dilahirkan pramatang berkenaan meninggal dunia.




Ketika kejadian, ibu mangsa, Elaine Novais, 29, tidak menyedari tragedi yang berlaku kepada anak-anaknya berusia 26 hari kerana sedang bertemu jirannya.

Dia kemudian bergegas ke bilik anaknya apabila terdengar tangisan Anne dan Analu.

Namun, dia terlambat menyelamatkan anak-anaknya daripada serangan labrador berkenaan yang semakin mengganas apabila cuba dihalang menyebabkan kecederaan lebih teruk pada tubuh mangsa.



Difahamkan, seorang bayi meninggal dunia di rumah akibat cedera parah, manakala kembarnya meninggal dunia di Hospital Perbandaran Maria Pedreira Barbosa akibat serangan jantung.


Kredit foto: FocusOn News/Daily Mail

Menurut laporan, anjing berkenaan dikatakan haiwan yang jinak, namun dipercayai cemburu kerana tidak diberi perhatian daripada tuannya sejak si kembar dilahirkan. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 3-7-2020 03:14 PM
Takutnyaaaa
Quote Artemesiaa 3-7-2020 03:27 PM
Haiwan pun ada perasaan kalau ia pun dah ada baby sendiri jangan ler abaikannya
Quote batmana 3-7-2020 03:34 PM
sebab tu anjing sesuai kt kebun aja, bukan dlm rumah..
Quote ell768 3-7-2020 03:42 PM
dengki nya...kesian baby tu.
Quote husna_amal 3-7-2020 03:48 PM
Kesiannya sampai mati bayi tu.
Quote prettyuglybabe 3-7-2020 03:50 PM
kasihannya dia.. mesti lepas ni kena pts..
Quote Fairy88 3-7-2020 04:02 PM
Kesiannya..
Quote grouper 3-7-2020 04:06 PM
Ada baka anjing yg x sesuai nk bela klau ada bdk kecik..
Quote Cassieopeia 3-7-2020 04:06 PM
ngerinya baby tu kecik gitu digigit2
Quote jazaa100 3-7-2020 04:07 PM
batmana replied at 3-7-2020 03:34 PM
sebab tu anjing sesuai kt kebun aja, bukan dlm rumah..

Ha..ha...setuju .  Memang utk diletakkn di kebun je kannn.....
Quote jazaa100 3-7-2020 04:08 PM
Tak pepasal hilang ank kembar.....

Sayangnya, mesti trauma mak dia.....
Quote jpbstarlife 3-7-2020 04:48 PM
mau trauma fmly ni ngan anjing
Quote awenda507 3-7-2020 04:54 PM
Adui kesiannye baby tu
Quote najib888 3-7-2020 04:59 PM
Sayangilah anjing seperti ahli keluarga anda. Ni dah bela anjing, sapa suruh beranak dan abaikan kasih sayang?
-Presiden kelab sayangi anjing,
Sao Paulo, Brazil
Quote missbigrockstar 3-7-2020 05:09 PM
Tak terkata
Quote miss_baby 3-7-2020 05:30 PM
comel jer baby 2 org tu..
sayangnya dah meninggal
Quote ikanmasin 3-7-2020 05:35 PM
anjing tu berdendam kat anak penjaga,penjaga hilang kejap trs gigit..sedihnya dah lah kembar ..
Quote Xim 3-7-2020 06:39 PM
Berguru la dgn abg deodorant roll kt....dia lbh mngetahui....
Quote any42 3-7-2020 06:50 PM
sedihnya kesian baby2 tu. sbb tu klau bleh bila ade ank kecil espclly bayi jgn la ade binatang pliharaan jinak skli pun bkeliaran d skitar bilik tmpt bayi dduk. kna cakar dek kucing pun dah seram ini pulak kna serang dgn anjing

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.044916 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top