|
Lelaki mengamuk sebelum cuba menikam ibunya menggunakan pisau pemotong sayur di Taman Kenari, Kulim, semalam. Memetik Harian Metro, polis menahan suspek berusia 30 tahun sekitar jam 9 malam tadi sebaik menerima laporan daripada mangsa, 50. Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, hasil semakan mendapati suspek yang juga penganggur itu mempunyai rekod jenayah lampau berkait dadah. Suspek yang mengaku perbuatannya direman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - CARI
|




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.170985 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.