Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kali kedua melantik pengarah dan penerbit filem terkenal Yusof Haslam sebagai ahli Panel Perundingan Pencegahan Rasuah (PPPR) berkuatkuasa 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022 bagi membantu menangani rasuah dalam semua bidang. "Terima kasih di atas pelantikan ni dan pihak yang telah memberi kepercayaan kepada saya. "Saya dilantik bukan khusus untuk pantau bidang perfileman semata-mata, tapi merangkumi semua bidang secara umum. "Pelantikan ahli badan bebas dibuat agar agensi ini dapat mempamerkan ketelusan dan integriti dalam menjalankan operasi," katanya kepada Malaysiakini. Loading FB Post...
SPRM pada Selasa mengumumkan 12 ahli PPPR, tujuh ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan lima ahli Panel Penilaian Operasi dari pelbagai bidang. Sebelum ini, Yusof dilantik mengaggotai lembaga penasihat itu pada 15 Ogos 2016 hingga 14 Ogos 2017. Bagaimanapun, ramai warga maya yang mempertikaikan pelantikannya itu. "Lepas ni boleh lantik Phua Chu Kang jadi Menteri Kerja Raya," perli warganet. - CARI
|
Normabaru replied at 3-7-2020 06:14 PM
YH ni dulu pengawas sekolah. Sebab tu sekarang di lantik jadi ketua darjah..
Apa kaitan?
cmf_premierleag: Gerak Gerak KhasGerak Gerak KhasGerak Gerak KhasGerak KhasBergerak wahai demi untuk negaraMelawan siapakah musuh durjanaTak kira pangkat darjat atau h ...
Acikgomen replied at 3-7-2020 06:39 PM
Chuols neh dok kohkoh kulu kilir, dah pegi ambik covid test blom
CiliPadiSedap replied at 3-7-2020 10:05 AM
Baik lantik sis vokuru sebagai badan bebas moderator cariforum sekurang kurangnya sis vokuru ada jas ...
nazzse replied at 3-7-2020 11:50 PM
Sheols hidup lagi ke tak sebenarnya..Uols asyik sebut nama dia tapi tak juga muncul2...berat kopek ...
ADVERTISEMENT