CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Khalid Jamlus Lelong Kasut Emas Sebab Tiada Job?

6-7-2020 10:45 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 15381| Komen: 108|Original author: Oleh: kp5x

Sumber foto : Facebook Khalid Jamlus

Bekas penyerang bola sepak kebangsaan era 2000, Khalid Jamlus baru-baru ini dikatakan melelong kasut emas yang dimenanginya sebagai penjaring terbanyak di Liga Perdana 1 Musim 2002 pada harga lebih RM10 ribu.

Menerusi hantaran di Facebooknya, selain daripada kasut emas tersebut, beliau turut melelong barang-barang peribadinya yang dikumpul sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak, antaranya pingat dan jersi. 

Trofi "Man Of The Match" TM Liga Super 2007 pula diberikan sebagai 'free gift' untuk pemenang bidaan kasut emas tersebut. 


Sumber foto : Facebook Khalid Jamlus

Rata-rata komen yang diberikan mengatakan bahawa sangat sayang sekiranya barang-barang tersebut dijual.

Salah satu komen di entri tersebut ada mengatakan yang Khalid sudah tiga tahun tiada pekerjaan. Mungkinkah masalah kewangan yang mendorong Khalid Jamlus membuat lelongan barangan koleksi peribadinya?

Kerajaan negeri perak mungkin boleh membantu apa yang patut. Contohnya, seperti saranan salah seorang pengguna FB yang mencadangkan agar kerajaan negeri membeli dan meletakkan barangan tersebut di muzium negeri. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaysiaku123 5-7-2020 10:01 AM
dia ni kan abg ipar si zarema wife edel..
elok ja kdg dok tgk dok umah banglo family zarema kat klang nu..
xbuat bisnes kah beliau?
Quote tagas 5-7-2020 10:03 AM
kaki joli byk enjoy cam ronaldinho ke bam kalit nih
Quote KIM.K 5-7-2020 10:08 AM
Ok tu tinggal sikit untuk anak cucu jual
Lagi mahal
Quote Skuau 5-7-2020 10:15 AM
kasut tu jangan la jual....menda 'dpt sekali seumur hidup'.
Quote Acikgomen 5-7-2020 10:19 AM
Dedolu zaman nama tengah mendonia, kemahen ko kaki betina kan kalit
Pacitaaaaa skang dah semekin ka
Quote kp5x 5-7-2020 10:27 AM
Khalid Jamlus ‘Tolak’ Kasut Emas Pada Harga RM10,100 Melalui Bidaan LIVE Facebook

Malaysia July 4, 2020

Oleh Ahmad Ridzuan

Bekas penyerang skuad kebangsaan Malaysia, Khalid Jamlus telah melakukan lelongan kasut emas yang dimenanginya pada musim 2002 pada harga RM10,500 semalam melalui bidaan di LIVE Facebook.

Sekitar 1,000 orang menyertai sesi LIVE tersebut dan pelbagai barangan peribadi Khalid Jamlus seperti poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang karier beliau telah dibuka untuk bidaan semalam.


Kasut emas sebagai penjaring terbanyak saingan Liga Perdana 1 musim 2002 itu dianugerahkan kepada Khalid Jamlus selepas berjaya membawa Perak muncul sebagai juara dan beliau merekodkan 17 gol liga pada musim itu.



GAMBAR INI DIAMBIL KETIKA KHALID JAMLUS MENANTI DENGAN PENUH HARAPAN BIDAAN PADA SAAT AKHIR KASUT EMAS MUSIM 2002 MILIKNYA.



Beberapa lagi barangan lain seperti jersi Eintrach Frankfurt juga berjaya dibida oleh peminat selain medal kejuaraan yang pernah diraih ketika berada dalam zaman kegemilangannya.



TM LIGA SUPER 2007 MAN OF THE MATCH KETIKA PERLAWANAN SARAWAK BERTEMU PERAK, DIBERIKAN SEBAGAI FREE-GIFT KEPADA PEMENANG BIDAAN KASUT EMAS.

Mungkin ramai bertanyakan mengapa Khalid Jamlus ‘tolak’ barang yang memiliki sentimental value seperti ini namun berdasarkan penjelasan yang dikongsikan sendiri oleh Khalid Jamlus dalam sesi bidaan itu, beliau sudah 3 tahun tidak mempunyai job dan mungkin faktor kewangan serta survival menjadi punca utama.



MEDAL KEJUARAAN LIGA PREMIER 1, PIALA FA SERTA PIALA SUMBANGSIH DIANTARA MEDAL YANG TURUT DIJUAL OLEH KHALIS JAMLUS.

Selain itu beliau juga ada berkongsi bagaimana dia menolak tawaran dari pasukan Kedah dengan gaji sekitar RM12,000 sebulan hampir 20 tahun yang lalu untuk terus setia bersama pasukan Perak.

Bagaimanapun, dia tidak mahu dikecam atas tindakan ini kerana baginya situasi semasa mungkin amat sukar untuknya dan ini adalah hak dirinya untuk meneruskan survival dalam situasi dunia yang tidak menentu.

Gambar dibawah adalah penjelasan dari beliau sendiri mengenai sebab mengapa simbol kejayaan yang dicapai selama karier dalam bola sepak ‘dilepaskan’.



kredit : vocketfc
Quote awaynepian 5-7-2020 10:33 AM
tagas replied at 5-7-2020 10:03 AM
kaki joli byk enjoy cam ronaldinho ke bam kalit nih

Dgr2 nya gitula zaman kegemilangannya dulu2...
Waallahualam
Quote yuki812 5-7-2020 10:33 AM
Teruk skrg ke dia ni...
Macam tak terurus dah rupanya..
Umur berapa ni..
Quote lurve82 5-7-2020 10:50 AM
Tgk gmbr dia...kenapa teruk nmpknye tu...trim la sket bulus2 kat muka...
Quote bungarose 5-7-2020 10:55 AM
Kesiannyer
Mesti betul2 terdesak
Semoga dipermudahkan urusan
Quote Lula2 5-7-2020 11:02 AM
Mcm muka azad jazmine..

Duit ni simpan banyak mana pun, kalau tak kerja memang akan habis. Korek2 duit tu bayar itu ini.  Kita ni tak hidup melarat bukan sebab saving banyak, tp sebab ada gaji bulanan.

Tp khalid ni 3 tahun awat langsung tak kerja?
Quote otai_g 5-7-2020 11:04 AM
biar la dia nk jual. Brg dia, dia punya suka lah.
Quote Nenasketum 5-7-2020 11:30 AM
Semoga dipermudahkan. Harap ada orang bid, bagi duit tapi bagi dia simpan jer trofi tu semua.
Quote umbut 5-7-2020 11:37 AM
Kepam dan teserlah dkk.. dulu muda2 cam hensem
Quote padris 5-7-2020 11:40 AM
yuki812 replied at 4-7-2020 07:33 PM
Teruk skrg ke dia ni...
Macam tak terurus dah rupanya..
Umur berapa ni..

Kan.. Nmpk x terurus.. Nmpk tua dari umur sebenar.. 43 umur dia..
Quote prettyuglybabe 5-7-2020 11:45 AM
dia takde ferrari ke..
Quote NazRysha 5-7-2020 12:33 PM
dulu punya la hensem
dia ni dah kawin ke duda
Quote Adeakukesah11 5-7-2020 12:37 PM
NazRysha replied at 5-7-2020 12:33 PM
dulu punya la hensem
dia ni dah kawin ke duda

Still married ngn kakak zarema zainal
Quote imthegirl 5-7-2020 12:50 PM
lurve82 replied at 5-7-2020 10:50 AM
Tgk gmbr dia...kenapa teruk nmpknye tu...trim la sket bulus2 kat muka...

Masa muda pon dia ada bulu bulu kat muka. Cuma masa tu muda nampak elok la, ni dah tua sikit nampak teruk pulak

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.051686 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top