Sejak wabak Covid-19 melanda seluruh dunia, pemakaian topeng muka telah menjadi perkara wajib bagi setiap individu di tempat awam sebagai usaha membendung penularan Covid-19. Topeng muka pakai buang atau topeng muka kain kini mempunyai permintaan tinggi dan harganya juga makin melambung. Tetapi, seorang lelaki di India sanggup menghabiskan ASD40,000 (RM171,500) untuk topeng muka khas bagi melindunginya daripada wabak maut itu. Menurut ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 49, dari bandar Pune, dia memakai topeng muka bersalut 60 gram emas yang mengambil masa selama lapan hari untuk dihasilkan. Menurutnya, topeng tersebut adalah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan dia bernafas. Kalah mami jarum ni. Shankar Kurade ketika ditemu bual pemberita memberitahu bahawa dia sendiri tak pasti sama ada pelitup mukanya itu berkesan atau tidak dalam mencegah dirinya daripada ancaman COVID-19. "Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada jangkitan Covid-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain," ujarnya seperti dipetik Sinar Harian. Jelas Shankar lagi, dia suka memakai perhiasan emas termasuk gelang tangan dan rantai yang beratnya mencecah sehingga satu kilogram. Shankar bukanlah individu pertama yang mempunyai topeng muka unik seperti ini kerana pernah ada individu di India yang mempunyai topeng muka daripada perak. Menurut Shankar, dia mendapat idea membuat topeng muka dari emas apabila membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat daripada perak itu. Lantaran memakai topeng muka emas, orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama Shankar. Biasalahkan, perkara unik dan mungkin sedikit pelik pasti mendapat perhatian orang ramai. "Mereka kagum melihat saya memakai topeng muka di pasar," ujarnya. Tidak dinafikan, topeng muka Shankar lain dari yang lain. Harapnya Shankar bebas dari COVID-19 dengan memakai topeng muka sebegini. - CARI |
ADVERTISEMENT