"Kekasih di tempat pertama. Apa yang kita lihat pada remaja Melayu hari ini ialah menormalkan hubungan seks!" Masih lagi berligar kisah rogol yang sangat panas sejak kebelakangan ini. Pelbagai pendapat dan hujah diutarakan banyak pihak hingga bercampur aduk serta tidak dapat dipastikan kesahihannya. Namun, apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri mengeluarkan statistik mengenai penjenayah rogol, ianya tidaklah mengejutkan apabila menyedari situasi tersebut adalah realiti masyarakat hari ini. Sementelah pula, empat dari lima kategori tersebut adalah orang yang dikenali membuatkan wanita tidak berasa selamat di mana-mana pun. Tetapi, apabila kekasih yang merogol teman wanita sendiri, sebenarnya apa sudah jadi dengan anak muda sekarang?
Budaya 'couple' atau bercinta semakin membarah dalam kalangan anak muda zaman sekarang dan ianya didasarkan dengan alasan mahu berkenalan sebelum mendirikan rumah tangga. Sedangkan, 'couple' itu sendiri adalah perbuatan kurang baik kerana mendekati maksiat. Malah, budaya bercinta ini dipromosikan di media cetak, media elektronik sejak zaman berzaman lagi sehinggalah kewujudan media sosial yang pelbagai, ia menggalakkan lagi anak muda bercouple. Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh masyarakat saat ini bagi membendung rogol oleh kekasih? |
epuepy replied at 7-7-2020 02:12 PM
Jaga diri sendiri sudah.. Pandai2 la ko dik. Dh termengandung kang bru tau langit tinggi ke X.
awanysss replied at 7-7-2020 02:28 PM
yg kata kena rogol dgn kekasih tu pun mostly menipu..
selalu jantan2 yg kena tangkap tu muka herlok ...
Normabaru replied at 7-7-2020 11:36 AM
Called it rogol bcoz sex below age je kan.. Else, dia masih berzina suka sama suka.. Aite??
Mmg ...
ADVERTISEMENT