Jaclyn Victor tidak menyangka hatinya akan terbuka untuk seorang jejaka berstatus duda selepas mengumumkan perceraiannya dengan Shawn Rivera pada Januari lalu. “Saya tak pernah jangka akan bertemu lagi dengan lelaki yang dapat menerima status saya sebagai ibu tunggal beranak dua, namun apa yang saya dapat katakan ialah kini saya dah bertemu seseorang. “Saya gembira, dia memang seorang lelaki yang baik," katanya kepada mStar. Jaclyn, 42, yang kini sedang mengenali hati budi 'teman barunya' itu berkata dia seorang lelaki yang pandai mengambil hati anak-anak. Siap panggil papa lagi! “Biarlah saya simpan dulu siapa orangnya, apa yang pasti dia bukan daripada industri hiburan. Malah, yang lebih menarik tentang jejaka terbabit ialah dia tidak mengenali diri saya sebagai seorang penyanyi pada awal perkenalan kami. “Walaupun dia seorang bapa tunggal yang sibuk dengan kerjaya, dia akan sentiasa meluangkan masa hampir saban hari dengan anak-anak saya. Kalau mereka boleh bertutur dengan baik, membaca dan melukis, semuanya kerana usaha jejaka ini, ” tambah Jaclyn. Hasil perkahwinannya dengan vokalis kumpulan R&B antarabangsa AZ Yet sebelum ini, Jaclun dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3. - CARI |
buragazz replied at 7-7-2020 02:09 PM
Sayang dia ni tak berapa diketengahkan sebab vokal dia memang mantap...
chikumanis replied at 7-7-2020 07:22 AM
seriusly ex hubby dia artis antarabangsa?
Themilo replied at 7-7-2020 04:14 PM
Ye la, grup Az Yet (Had To Say I'm Sorry). Masa masih suami-isteri, Jac takde lak gigih nak pakai ...
ADVERTISEMENT