"Saya bangga dengan belia seperti awak" Ini reaksi seorang pelanggan syarikat kurier J&T apabila melihat seorang gadis yang merupakan staf syarikat berkenaan sedang bertugas seorang diri. Ternyata, beliau berasa bangga dan kagum dengan kegigihan gadis muda berkenaan yang bertugas memandu lori dan menghantar barang kepada pelanggan. Perkhidmatan sebegini lazimnya didominasi kaum Adam kerana skop kerja yang agak berat dan kasar; mengangkut kotak dan bungkusan pelanggan yang banyak dan mempunyai pelbagai berat. Kegigihan gadis ini yang dilihat tidak memilih kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mendapat pujian daripada segelintir pengguna Twitter serta diulangkicau 1,500 kali dan disukai lebih 2,000 kali. Rezeki dan jalan hidup setiap insan adalah berlainan liku-likunya. Yang penting, kita tetap terus kuat untuk mengharunginya. Steady dik. Ini semua pengalaman manis yang bakal diceritakan kepada anak cucu nanti. - CARI
|
sarah82 replied at 8-7-2020 03:35 AM
Lorrr.. Ramai je runner perempuan antar barang..
dekmieDandy replied at 8-7-2020 12:01 PM
tapi tak ramai yang boleh bawak lori camni rasanya
ni first time iolls tengok walaupun kat ruma ...
dekmieDandy replied at 8-7-2020 12:01 PM
tapi tak ramai yang boleh bawak lori camni rasanya
ni first time iolls tengok walaupun kat ruma ...
sarah82 replied at 8-7-2020 12:12 PM
Lori mcm ni kena ada lesen GDL ka apa entah..betul bab lori mmg payah nampak perempuan bawak
matbad replied at 8-7-2020 11:32 AM
Kawasan aku ramai je ninjavan pompuan buat kja..gigih smpai tgh malam...malu aku kaum adam yg tengok ...
Kurex replied at 8-7-2020 12:52 PM
Biasa je kan..selalu je tgk acik2 akak2 memandu bas... Kosseerrr kan.. ada jadi rider lagi
Lagubestbest replied at 8-7-2020 09:13 PM
Mengikut worldview 'bitter truth' saya la. Yang langsung tak memilih kerja ni biasanya akan kekal ga ...
ADVERTISEMENT