Bertuah Risteena apabila tunangnya, Isa Khan tak meletakkan sebarang syarat baginya untuk terus berlakon. Risteena kata dia sendiri tahu untuk menjaga batas pergaulan. Semuanya dilakukan untuk menjaga kebahagiaan mereka.
"Isa tak pernah meletakkan apa-apa syarat dekat saya. Tapi saya sendiri yang tahu jaga batas sebagai tunang orang dan selepas ni akan bergelar seorang isteri. "Jadi mesti la saya akan pilih drama-drama yang dapat persetujuan dari Isa juga," katanya kepada Gempak. Sementara itu Risteena kini lebih selesa menyediakan barang penggambaran sendiri dari rumah. "Saya selesa dengan norma baharu ini. Untuk barang-barang penggambaran saya lebih memilih sediakan sendiri. "Daripada barang solekan termasuk dengan wardrobe semua bawa sendiri. Kita kena lebih berhati-hati sebab pandemik ini belum lagi pulih," tambahnya.
Tak sabar nak tunggu hari bahagia Risteena dan Isa! -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|