Tindakan isteri pegawai kerajaan India menjalin hubungan dengan dua lelaki membawa padah apabila salah seorang daripadanya membunuh anak perempuannya berusia lima tahun. Gulf News melaporkan, selain membunuh mangsa, suspek juga mencederakan wanita terbabit dan seorang lagi teman lelakinya.
Difahamkan, dalam kejadian di Pocharam, pinggir Hyderabad itu, suspek mengelar leher kanak-kanak berkenaaan sebelum mencederakan diri sendiri. Menurut laporan polis, wanita itu menjalin hubungan dengan Karunakar menerusi Facebook beberapa bulan lalu dan dalam masa sama, menjalin hubungan dengan Rajasekhar. Konflik tercetus apabila Karunakar mengetahui Rajasekhar bersembunyi di sebuah bilik ketika dia berkunjung ke rumah teman wanitanya pada Khamis lalu. Dia kemudian naik minyak apabila Rajasekhar enggan keluar dari tempat persembunyiannya sebelum mengelar leher mangsa.
Karunakar menyerang Rajasekhar dan teman wanitanya sejurus lelaki itu keluar dari tempat persembunyiannya sebelum mencederakan diri sendiri. Kesemua mereka dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia. Sementara itu, suami wanita terbabit langsung tidak mengetahui isterinya menjalin hubungan dengan dua lelaki berkenaan. - CARI
|
ADVERTISEMENT