CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukit Aman Panggil Al Jazeera Minggu Ini

8-7-2020 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12425| Komen: 94

Pengendali dan wartawan Al Jazeera akan dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman minggu ini susulan kontroversi dokumentari 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' yang mengecam layanan Malaysia terhadap pendatang tanpa izin ketika menangani Covid-19.


Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan beberapa individu sudah dihubungi dan akan memberi keterangan di Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.


Kredit foto: AlJazeera

"Mereka akan dipanggil memberi keterangan pada minggu ini dan awal minggu depan," katanya kepada Bernama.

Tambahnya, seorang aktivis sosial sudah diambil keterangannya di IPD Putrajaya semalam, berikutan mengeluarkan kenyataan di Facebook berhubung dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen.


Sementara itu, seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Rayhan Kabir yang terbabit dalam dokumentari berkenaan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Berikutan penyiaran dokumentari itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nahnukutu 7-7-2020 11:06 AM
mereka yang rasa boleh menang lawan media

good luck lah...

Quote FOTHER-MUCKER 7-7-2020 11:06 AM
Kata tak mau ambil serious.
Quote BicaraHatiku 7-7-2020 11:08 AM
Edited by BicaraHatiku at 7-7-2020 11:22 AM

Padan muka....halau je keluar. Puak2 human rights ni ditaja...dapat "budget" dari UN. UN tu siapa donor yang terbesar? Banyak yg berpengkalan kat Bangkok. Negara diaorang tutup, negara kita disuruh terima pendatang. Negara kita makin miskin, diaorang makin kaya.

[twitter]https://twitter.com/john_hq3/status/1280142218943057920[/twitter]
Quote nazzse 7-7-2020 11:18 AM
FOTHER-MUCKER replied at 7-7-2020 03:06 AM
Kata tak mau ambil serious.

Dah ada yg report kena la jalankan siasatan..
Kan cakap polis tak buat kerja plak
Quote Kurex 7-7-2020 11:19 AM
nazzse replied at 7-7-2020 11:18 AM
Dah ada yg report kena la jalankan siasatan..
Kan cakap polis tak buat kerja plak

Buat kerja salah, tak buat kerja salah......
Quote BicaraHatiku 7-7-2020 11:24 AM
Kurex replied at 7-7-2020 11:19 AM
Buat kerja salah, tak buat kerja salah......

Kan...tak payah nak tunduk sgt kat media asing. Buat attitude 'ade ku kesah' mcm President Duatarte.

Quote saviour_09 7-7-2020 11:48 AM
aku nak sangat bangla tu

acah2 teraniaya kat sini

bapak ko suruh cari makan sini ke?

Quote Nahnukutu 7-7-2020 11:52 AM
nazzse replied at 7-7-2020 11:18 AM
Dah ada yg report kena la jalankan siasatan..
Kan cakap polis tak buat kerja plak

OK siasatan je lah ya.

kebebasan media itu macam sacred. Kalau tengok Trump lagi teruk kena hentam dengan media negara sendiri tapi dia buat bodoh ja. Why... sebab dia 'cerdik'.


Quote Nahnukutu 7-7-2020 11:59 AM
FOTHER-MUCKER replied at 7-7-2020 11:06 AM
Kata tak mau ambil serious.

Memang wajib maintain cool.
Ismail Sabri pun faham tu sebab dia acah2 cabar Al Jazeera, ala2 zaman kegemilangan atuk dulu2 orang Malaysia pun bangga happy.

Al Jazeera request interview pun dia decline walhal itu platform terbaik nak jawab soalan. Agak2 kenapa?


Quote namieamuro 7-7-2020 12:09 PM
BicaraHatiku replied at 7-7-2020 11:08 AM
Padan muka....halau je keluar. Puak2 human rights ni ditaja...dapat "budget" dari UN. UN tu siapa do ...


orang luar juge.
FB_IMG_1594088413753.jpg

mane la dorg tak syg pati..derma aje udah masyuk.
FB_IMG_1593427181531.jpg
Quote namieamuro 7-7-2020 12:10 PM
harap polis pgl jilake ni.
FB_IMG_1594092974300.jpg
Quote Nahnukutu 7-7-2020 12:15 PM
Polis siasat Al Jazeera
| | 6 Julai 2020

image.png
Gambar Kecil: Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid

KUALA LUMPUR - Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat Jabatan Imigresen di Balai Polis Presint 7 Putrajaya.

“Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan dijalankan polis kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita berhubung isu sama di Putrajaya pada kira-kira 9 pagi tadi.

Mior Faridalathrash berkata, pengadu membuat laporan selepas menonton video dokumentari itu di laman YouTube dan keterangannya telah diambil.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.

Bernama hari ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan yang dikeluarkan agensi berita tersebut yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agensi berita antarabangsa itu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan fakta tidak benar dan mengelirukan. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... s-siasat-Al-Jazeera
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Quote zorrro_03 7-7-2020 12:18 PM
puak2 zionis dan penjilat zionis lima nam ekor dalam forum ni berawas. jgn lebih.  bala mari kang..  
Quote Nahnukutu 7-7-2020 12:27 PM

donors apa tu? tak faham lah


Quote epuepy 7-7-2020 02:17 PM
Wohoo. Rasa nk hempuk je mamat vangla rayhan ni. Dh la dtg sini xde document, pastu mntk layanan world class.

Puii
Quote missbigrockstar 7-7-2020 02:26 PM
BicaraHatiku replied at 7-7-2020 11:08 AM
Padan muka....halau je keluar. Puak2 human rights ni ditaja...dapat "budget" dari UN. UN tu siapa do ...

John bodo ni twitter dia mmg off komen ke? Takda siapa pun melahar? Kalau betul dia tutup komen, mmg bacul lah.
John bongok
Quote AnBulisia 7-7-2020 02:38 PM
hujah  pati : diorang yang datang majukan malaysia, takde diorang..malaysia tak maju

soalan aku,
sebelum korang datang berkumpul kat malaysia ni
malaysia dah maju ke belum?
siapa yang bukan majukan negara ini kalau bukan anak bangsa malaysia sendiri
dah ekonomi kita tersohor, di pandang dunia dan
dah maju, negara makmur baru korang terhegeh hegeh nak masuk ke sini
kalau tak maju, tak menjadi destinasi pilihan pun  untuk korang pilih
kenapa bangla ni tak pilih laos, kemboja, vietnam, indon
pergilah majukan negara negara tersebut kalau pati pati ni rasa diorang yang majukan negara
buduh!!!!
Quote Skuau 7-7-2020 03:12 PM
AnBulisia replied at 7-7-2020 02:38 PM
hujah  pati : diorang yang datang majukan malaysia, takde diorang..malaysia tak maju

soalan aku,  ...

Ada beza majukan Msia dgn cari makan kat Msia.Depa ni cari cari makan kat Msia.Awat nak majukan Msia kalo x boleh hidup cari mkn kt Msia....baik majukanlah negara(mereka) sendiri.
Quote palmolive 7-7-2020 03:15 PM
AnBulisia replied at 7-7-2020 02:38 PM
hujah  pati : diorang yang datang majukan malaysia, takde diorang..malaysia tak maju

soalan aku,  ...

semua pendatang mai sini rasanya pakai hujah ni..
termasuk hamba2 British yg dorang takmo hantar pulang pasal nak jimat kos..
untungnya org sini takder nak bising2..kalo tak serupa mcm kt US sana nun..

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.093342 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top