Kadar kemalangan jalan raya di negara ini berada di tahap yang membimbangkan. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), antara sebab perkara ini terjadi adalah akibat sikap pengguna jalan raya itu sendiri yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Kadangkala, ia disebabkan kurang sifat sabar dalam diri dan berhemah ketika di jalan raya seperti yang dikongsikan oleh Twitter My Crime Watch ini. Khabarnya, kejadian ini berlaku di hadapan Masjid Khalid Al Walid MINDEF, pagi semalam. Dalam video itu, dapat dilihat penunggang motosikal EX5 telah bertindak di luar batasan memukul mangsa serta menolak motornya hingga anak mangsa terjatuh. Video ini mendapat perhatian warganet dan ramai mengecam tindakan penunggang motor EX5 itu sehingga ada yang mendedahkan maklumat peribadinya. Malah, ramai warganet mula menyerang laman Facebook lelaki berkenaan hingga beliau menyahaktifkan akaun tersebut. Pada hari bekerja, pada waktu pagi hingga petang setiap hari jalan raya memang sibuk dengan kenderaan yang masing-masing mahu pergi ke tempat kerja. Sebaiknya, pengguna jalan raya perlu merancang perjalanan ke destinasi yang hendak dituju supaya tidak memandu dalam keadaan terburu-buru kerana kesesakan lalu lintas akan mengakibatkan kita menjadi lebih mudah tertekan. Dan paling utama, semua pengguna jalan raya juga perlu tanamkan sifat sabar dan berhemah ketika di jalan raya. CARI
|
kucingitam replied at 9-7-2020 11:10 AM
bukan kena langgar pun kan.. dah la main road, dia yang patut tunggu jalan clear baru lintas... eh e ...
chinta89 replied at 9-7-2020 12:06 PM
aku tgu org buka thread ni dari semalam.
lelaki tu staff mindef katanya? bini mcm paki baju nurse ...
tagas replied at 9-7-2020 11:57 AM
buat2 bersabar laa
zaman laa nih suma org stress
natrahn replied at 9-7-2020 02:09 PM
aaah.... awam mindef...bertebaran dah info pasal mamat ni... abis dengan wife dia pon orang pm...
...
ADVERTISEMENT