Seorang penagih dadah ditahan, semalam selepas didakwa menampar dan memukul ibunya pada Sabtu lalu. Memetik BH Online, suspek dilaporkan mengamuk sekitar jam 5 petang di Jalan Kaki Bukit selepas ibunya enggan membelikannya motosikal baru.
Mangsa berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pereka dalaman bukan saja ditampar, malah diugut, dipukul dan diseret di lantai kerana permintaan anak lelakinya itu tidak dipenuhi. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew mengesahakn pihaknya menahan suspek sejurus menerima laporan daripada mangsa, semalam. "Siasatan awal mendapati, suspek yang tidak bekerja datang berjumpa ibunya dan meminta sejumlah wang bagi membeli motosikal baru. "Mangsa bagaimanapun, memaklumkan tidak memiliki wang menyebabkan suspek menuduh mangsa berbohong dan menampar muka serta memukulnya pada bahagian kepala, kaki dan tangan," katanya.
Suspek juga mengugut 'mampus hang' selepas memukul mangsa berulang kali. Kata Wari, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital dan walaupun tidak mengalami kecederaan serius, dia masih trauma dengan kejadian itu. "Suspek direman empat hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana memukul, menumbuk dan mengugut mangsa," katanya. - CARI
|
matchstick replied at 9-7-2020 03:30 PM
Kalau masa ko lahir mak ko dpt see the future ko akan buat dia mcm tu, elok di flush aje ko ke luban ...
ADVERTISEMENT