Bayangkan kediaman yang seharusnya menjadi rumahku syurgaku bertukar menjadi neraka? Itulah yang terpaksa dihadapi segelintir masyarakat Malaysia ketika berhadapan dengan kerenah jiran. Lebih menyedihkan apabila adab berjiran juga semakin hilang dengan tidak menjaga sensitiviti jiran lain. Pengguna Facebook, Shazlin Nazli meluahkannya apabila pangsapuri yang didudukinya dipenuhi sampah serta bahan buangan yang dicampak merata-rata hingga menyusahkan dirinya dan jiran yang lain. Antara yang dilemparkan ke luar tingkap adalah tuala wanita yang melekat pada piring Astro, perut ikan dan plastik sampah yang dicampak sesuka hati.
Menurut Shazlin, masalah ini pernah diadukan kepada Persatuan Penduduk dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun tiada tindakan diambil kerana tiada bukti jelas siapa yang melakukannya. Patutlah ianya semakin berleluasa kerana tiada tindakan diambil terhadap pesalah ini. Walaupun ianya disebabkan mentaliti individu itu sendiri yang tidak peka dengan keadaan sekeliling, namun ada juga yang menunding kesalahan itu terhadap penduduk angkasapuri semata-mata. Betul ke orang flat macam tu? |
Supersirap replied at 12-7-2020 11:50 AM
Pendidikan sivik perlu diterapkan kepada anak-anak bermula di sekolah tadika lagi, kalau tidak ada p ...
damsel_fiji replied at 12-7-2020 07:31 AM
belajar moral..agama bagai tu setakat nak lulus exam..ko raserr
ADVERTISEMENT