Kerana 'cinta itu buta', seorang wanita tergamak meninggalkan anak perempuannya berusia tiga tahun selama lapan hari semata-mata untuk bertemu teman lelakinya.
Memetik Mirror, mayat mangsa ditemui dalam keadaan lampinnya kotor dan dikelilingi sampah di dalam apartmen ibunya di Ota, Tokyo. Ketika disoal siasat, Saki Kakehashi, 24, mengakui bahawa dia tidak menyangka anaknya akan meninggal dunia ketika ditinggalkan bersendirian di rumah mereka selama lebih seminggu ketika dia mengunjungi kekasihnya di Kagoshima iaitu lebih 1,126 kilometer dari kediamannya. Wanita itu ditahan pada Selasa lalu selepas sebulan siasatan dijalankan, lapor Japan Times.
Suspek dilapokan, menghubungi talian kecemasan pada 13 Jun apabila mendapati anaknya tidak bernafas sebaik dia pulang ke rumah mereka. Noa dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat mendapati, punca kematiannya disebabkan dehidrasi dan kelaparan. Pada mulanya, Saki mendakwa anaknya sudah beberapa hari tidak sihat dan dia tidak mampu membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia kemudian menukar kenyatannya dan mengaku meninggalkan kanak-kanak malang itu seorang diri, sementara dia berjumpa kekasihnya beratus batu jauhnya dari tempat tinggal mereka. Difahamkan, Noa tinggal bersama ibunya sejak wanita itu bercerai dan menurut rakannya, Saki sering pulang lewat malam atau meninggalkannya beberapa hari seorang diri di rumah. - CARI
|
Nana_Man replied at 13-7-2020 01:58 AM
Ni mcm japanese movie yg aku tengok dulu. Movie tu pun pasal real story. Lupa title.So case mak2 jep ...
ADVERTISEMENT