Adat hidup berjiran, mestilah kena selalu bertoleransi. Lebih-lebih lagi jika ada yang membela haiwan peliharaan. Jiran bergaduh disebabkan kucing atau anjing peliharaan adalah perkara biasa. Namun, bagaimana pula dengan kambing?
Seorang pengguna Twitter, Shahril berkongsi mengenai jirannya yang membiarkan beberapa kambing peliharaannya bebas hingga menceroboh masuk ke dalam pagarnya dan meragut pokok hiasan ditanamnya. Itu belum ditambah dengan bau busuk disebabkan haiwan berkenaan lagi kerana kandangnya hanya dibina di belakang rumahnya saja. "Saya sudah mendiami rumah jenis teres dua tingkat di taman perumahan itu sejak dua tahun lalu. Namun masalah kambing ini hanya bermula tiga bulan yang lalu, iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Pada mulanya, jiran saya bina kandang di tempat lain, tapi tak jauh dari kawasan rumah kami. Namun difahamkan tuan tanah di kawasan tersebut ada tegur, sebab itu dia pindahkan lokasi kandang di belakang rumahnya. "Masalahnya, bela kambing di kawasan perumahan dah satu hal. Belum lagi bau yang najis yang terpaksa saya dan rakan serumah lain hidu bila buka pintu dapur," katanya. Malah, dimarahnya pula melalui grup WhatsApp apabila Shahril membuat aduan kepada majlis perbandaran di kawasannya. "Selepas menerima aduan saya, pihak majlis perbandaran ada datang memeriksa dan beri notis kepada jiran saya itu pada minggu lalu. "Namun saya tak pasti berapa lama tempoh masa yang diberi di dalam notis tersebut kerana hingga kini, kambing-kambingnya masih ada. "Lebih teruk, dia siap bersuara dalam group WhatsApp taman perumahan dan bertanya siapa yang buat aduan. Dia bengang sebab terus buat aduan tanpa bincang dengannya terlebih dahulu," katanya. Katanya lagi, jika tiada perubahan sehingga minggu depan, dia akan mengambil tindakan susulan. Berikutan tidak tahan setiap hari terpaksa berdepan dengan bau busuk, dua rakannya memutuskan untuk berpindah keluar. "Saya sebagai pemilik rumah terpaksa akur. Sekarang tinggal dua orang yang tinggal termasuk saya. Nak cari penyewa baru pun susah sikit selagi masalah bau busuk ini tak selesai," katanya. - CARI
|
Lentera replied at 13-7-2020 07:32 PM
Report je.. Jiran aku baru pindah sebelah umh aku, PUN berhajat nak buat reban kambing katanya. Aku ...
ADVERTISEMENT