|
Hanya demi sekeping gambar, seorang bapa sanggup membahayakan nyawa anaknya dengan menggantung kanak-kanak itu di tebing curam tepi jalan. Menurut Daily Star, aksi bodoh dan berbahaya lelaki itu dirakam sekumpulan pelancong di Jalan Hongjing iaitu kawasan pergunungan di daerah Fangshan, Beijing yang juga dikenali sebagai ‘Devil’s Road’. Dalam kejadian itu, kelihatan lelaki berkenaan memegang tangan anaknya, manakala kaki kanak-kanak terbabit bertahan pada tebing dinding konkrit. Sementara itu, orang sekeliling hanya melihat sahaja apa yang berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan. - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.082337 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.