Nina Iskandar kurang senang dengan segelintir netizen yang suka sangat menyibuk tentang cara dia menjaga anak. Menurut pelakon ini, dia dan suami ada cara tersendiri untuk membesarkan anaknya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia tujuh bulan.
"Jangan ajar saya macam mana nak besarkan anak saya. Jika suatu hari nanti saya mahukan pendapat anada, saya akan tanya. Sekarang ini biarlah Rizqin makan apa sahaja dia mahu, buat apa sahaja dia mahu," tulisnya melalui Instagram. Semuanya berpunca apabila Nina memuat naik video pengalaman pertama memberikan makana pepejal kepada anak lelakinya.
Namun ada pula yang menegur makanan yang diberikan itu tidak sesuai untuk bayi berusia bawah setahun.
Luahan Nina itu rata-ratanya mendapat sokongan dari pengikutnya yang melalui pengalaman yang sama. Sabarlah ya Nina! -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|