|
"Seksyen 44 kalau sekarang, kesalahan memandu mabuk dan dadah tiada perbezaan, tapi kita cadangkan supaya dibezakan hukumannya dan ia lebih berat lagi jika bawa maut." Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mencadangkan hukuman berat terhadap pemandu mabuk dan khayal sama ada di bawah pengaruh dadah mahupun alkohol serta memandu secara melulu.
"Kadar penjara maksimum yang sebelum ini 10 tahun akan ditingkatkan ke 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun jika kesalahan berulang. "Kadar denda juga dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama, sementara kesalahan kedua RM150,000. "Bagi tempoh gantung lesen juga dicadang dinaikkan daripada 10 tahun kepada 20 tahun," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini seperti dipetik Harian Metro.
Katanya, perkataan 'boleh juga dipenjara' yang diguna pakai sebelum ini akan digantikan dengan 'dan' yang membawa maksud hukuman mandatori jika terbukti bersalah. Dalam masa sama, Wee menasihati supaya pemandu tidak meminum arak bagi mengelak sebarang kemalangan. "Pesanan saya, kalau nak mabuk, jangan bawa (kenderaan), kalau nak bawa (kenderaan) jangan minum (arak)," katanya. - CARI
|

ellez replied at 15-7-2020 07:43 PM
Heran juga macammna diorg boleh minum arak sbb baunya pun dah semacam..
Lebih 20 tahun arak disekel ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055097 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.