Tindakan gadis berhijab memuat naik foto mengangkat jari tengah sedang menjadi bualan hangat sekarang ini. Ia dianggap sebagai biadap dan mencemarkan maruah kaum wanita.
Seorang pengguna Twitter menggunakan nama MNornanhakim berkongsi beberapa foto gadis yang melakukan isyarat tangan berkenaan dengan menulis, "Bertudung tapi kurang didikan agama." Bagaimanapun ia kemudiannya mendapat reaksi dari empunya badan dan dibalas pula dengan menyatakan, "Don't care, didn't ask. Sebab ini jari saya, so suka hatilah kan?" Kebanyakan netizen tertanya-tanya apakah yang cuba dibuktikan oleh gadis-gadis berkenaan memuat naik foto seperti itu. Kalau nak memberontak pun macam tak kena gaya kata mereka. Sementara itu ramai yang meluahkan rasa menyampah terhadap para gadis yang melakukan sedemikian. Buat mereka yang mempunyai anak, adik atau saudara perempuan, diminta pantau aktiviti dan gambar yang mereka muat naik di media sosial ya. Takut pula nanti mencemarkan nama baik keluarga.-CARI |
Skuau replied at 15-7-2020 05:27 PM
Tak sama cam digambarkan dalam lirik lagu 'Gadis Melayu'.
ADVERTISEMENT