Menyamar sebagai lelaki untuk memikat remaja perempuan bagi melakukan hubungan seks adalah modus operandi penjenayah ini. Lebih mengejutkan apabila 'lelaki jadian' itu baru sahaja bebas dari penjara Mei tahun lalu kerana kes serupa iaitu memujuk remaja 13 tahun berhubungan seks dengannya. Menurut laporan Daily Mail, Jordana Davidson, 22 yang berasal dari Wales telah berpindah ke Liverpool untuk memulakan kehidupan baru. Namun dia telah mengambil kesempatan menipu seorang pelajar 15 tahun yang juga anak kepada rakan yang baru dikenalinya. Malah, Davidson menggoda hingga remaja tersebut jatuh cinta dengannya.
Ibu remaja malang itu menyatakan Davidson bertemu dengan anaknya sebanyak 10 kali antara 31 Mei dan 7 Jun tahun ini dan anaknya mengakui mereka bercinta. Pendakwa, Sherrington menyatakan yang Davidson berasa sedih dengan kesalahannya. "Davidson mengatakan betapa bodohnya dia mengikut nafsu walaupun baru dibebaskan dari penjara." Mahkamah Liverpool menegaskan yang Davidson telah melanggar perintah mahkamah (melarang berada dekat remaja di bawah usia 16 tahun dan memerintahkan dia menjalani hukuman 14 bulan penjara. - CARI |
dudaberhias: 15 and 22iols rasa takde la pedo sangat tapi umur di sana di anggap pedo la... cikki lessy inipun tak reti cari yang tua sikit ke
Artemesiaa replied at 16-7-2020 02:28 PM
Menyesal kemudian tak berguna. Hadap ler lagi 14 bulan dalam penjara acik warden pun boring je teng ...
ADVERTISEMENT