|
Pasagan suami isteri yang tergamak mendera anak berusia lima tahun sehingga mati dipenjara 27 tahun. Ridzuan Mega Abdul Rahman,28, diperintah menjalani hukuman penjara 27 tahun dengan 24 sebatan.
Isterinya, Azlin Arujunah, 28 menerima hukuman penjara dengan tempoh sama tetapi ditambah setahun lagi sebagai ganti hukuman sebat. Straits Times melaporkan, pasangan itu menyimbah anak mereka dengan air panas sebanyak empat kali antara 15 dan 22 Oktober 2016 di rumah flat dekat Toa Payoh, Singapura. Mangsa tidak sedarkan diri selepas kejadian kali keempat. Mangsa meninggal dunia pada 23 Oktober 2016 selepas melecur 75 peratus di badannya.
Lebih sadis mangsa juga dikurung di dalam sangkar kucing selain dipukul dengan penyapu dan tangannya ditekap dengan sudu panas. Pasangan tersebut yang menganggur didakwa melakukan pembunuhan itu dengan niat untuk mendatangkan kecederaan terhadap anak mereka. -CARI |
bedahdavas replied at 16-7-2020 12:28 PM
Budak tu dh elok2 duduk dgn mak angkat kau sibuk ambik blk. Pastu x mmpu jaga kau mdera lak.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.375085 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.