Tiga petugas syarikat Spirit Airlines cedera ringan selepas diserang tiga wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood, Florida pada Selasa. Menurut Daily Star, pergaduhan itu tercetus selepas tiga penumpang berkenaan berang apabila penerbangan mereka berdepan kelewatan.
Rakaman kejadian menunjukkan beberapa wanita membaling beberapa objek ke arah petugas sebelum berlari ke belakang kaunter dan menyerang mereka. Mangsa ditumbuk, ditendang dan dipukul dengan pelbagai barang, seperti telefon, kasut, botol air, papan tanda logam dan makanan segera. Pergaduhan itu dilaporkan berlaku di luar balai berlepas bagi penerbangan ke Philadelphia.
Menurut laporan, Tymaya Wright, 20, Danaysha Dixon, 22, dan Keira Ferguson, 21, yang ditahan mendakwa mereka mahu pulang ke Philadelphia. Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan serangan fizikal dengan Tymaya didakwa merampas telefon salah seorang petugas terbabit. Syarikat penerbangan itu kemudian mengeluarkan satu kenyataan yang mengecam tindakan tiga wanita terbabit. "Kami sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tingkah laku kasar. "Pertanyaan lebih lanjut mengenai kejadian ini harus dirujuk kepada pihak berkuasa," katanya. - CARI |
Perawankota: Ganasnya.. Tapi apa punca airlines staff amik hp passenger?
Perawankota replied at 16-7-2020 11:23 PM
Ganasnya.. Tapi apa punca airlines staff amik hp passenger?
Nahnukutu replied at 17-7-2020 12:54 AM
Ko punya pasal la aku kena ulang baca. Choyyy...
emptybotol replied at 16-7-2020 11:41 PM
Tymaya tu passengers tu. dia yg rampas handphone staff airlines tu lepas dia serang dorang.
ADVERTISEMENT