CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Buang Duit Je Buat Lagu Kalau Stesen Radio Tak Mainkan" - Nora

17-7-2020 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6541| Komen: 22

Nora Ariffin menyifatkan ia satu pembaziran jika muncul dengan single baharu buat masa ini.

Dakwanya, ia disebabkan segelintir stesen radio tidak memainkan lagu baru dinyanyikan penyanyi lama sepertinya.



Kredit foto: IG Nora

"Lagu baharu sendiri belum lagi. Memang ada hasrat nak buat dan pernah bincang dengan komposer, tapi sebenarnya buang duit saja. Kalau ada sekarang pun, siapa nak main? Macam buang duit saja, jadi biarlah dulu.

"Kita pun bukan banyak duit. Duit yang ada boleh buat benda lain. Bagi saya tak mengapa, tapi sedih keadaan itu, tak sihat. Ada beberapa rakan penyanyi keluar lagu baharu, tapi mana lagu-lagu mereka di stesen radio? Kata nak sangat lagu baharu, tapi bila ada tak main pun. Jadi macam sedih.

"Kebetulan kelmarin tengok status pemain gitar Aznan di Facebook yang dia sudah malas nak dengar radio. Katanya sekarang terbalik, kita pula kena dengar selera mereka. Sepatutnya sebagai penyanyi, orang ikut apa kita buat. Sekarang terbalik yang mana orang seni kena ikut selera yang mereka sajikan. Jadi saya macam, okeylah, tak nak," katanya kepada Harian Metro.




Dalam masa sama, Nora berkata, dia mahukan nafas baru jika ada perancangan lagu baru.

Katanya, dia sudah letih mengeluarkan lagu sedih.

"Saya nak lebih kepada aura positif. Saya kena gembirakan diri. Kalau tak gembira, sedihkan?" katanya.

Nora bagaimanapun menafikan soal pasangan menjadi faktor menggembirakannya. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 17-7-2020 04:33 PM
kalau lagu sedap radio main je...
kalau ikhlas berkarya keluarkan jela lagu..
ada luck lagu sedap radio main ler..
ni macam pemalas jeee... nak jadi next ziana zain keee
Quote ashcroft86 17-7-2020 04:33 PM
Kesian juga artis lama. Dulu banyak lagu Nora yang ngetop. Siap dapat album terbaik lagi kt AIM. Of course my all time favorite, Jentayu, memenangi LAgu Terbaik di AIM. Karya agung dari arwah Johan Nawawi.

Tapi klu hantar kat spotify, iMusic? Kos tinggi kah?
Quote Kurex 17-7-2020 04:49 PM
suka lagu Nora "Aku Tidak Di Matamu"

Merajuk biar bertempat..
Memujuk ada batasannya..
Tak akan ku rujuk walau terpaksa..
Tak akan ku pujuk andai dipaksa..
Pandai -pandailah engkau bawa haluanmu..
Tanpaku menemanimu..
Quote caca_eric 17-7-2020 04:58 PM
sleepandream replied at 17-7-2020 04:33 PM
kalau lagu sedap radio main je...
kalau ikhlas berkarya keluarkan jela lagu..
ada luck lagu sedap  ...

Tp bosan gak lagu yg sama 20 kali
Contoh naim daniel sumpah
Sehari 20kali
Takke bosan.
Quote salamon 17-7-2020 06:24 PM
byk lagu sampah je yg kuar dkt radio..
Quote YomiuriLandMae 17-7-2020 08:37 PM
caca_eric replied at 17-7-2020 04:58 PM
Tp bosan gak lagu yg sama 20 kali
Contoh naim daniel sumpah
Sehari 20kali

btol kalo iols outstation jauh2 tu pasang radio melayu cth suria ke era ke satu2 lagu tu je ada la dlm nak dkt 10 kali pasang dlm sehari.. segmen ni pasang lagu ni.. kang segmen ptg pasang lagu ni lagi.. library music dorg ni mmg limited sgt ke?

ce tgk mcm radio2 korea.. lagu2 dorg pergh mmg variety btol termasuk lagu2 internasional.. eventho lagu2 tu underrated but kalo sedap why not pasang kan.. baru la x bosan and fresh..

radio2 dkt malaysia ni sume pikir duit je.. business is business katanyaahhh..
Quote MissYouSayang 17-7-2020 10:08 PM
kesian dekat mak nora
Quote husna_amal 21-7-2020 10:03 AM
Buat je lagu dulu platform bukan takat kat radio je. Kalau lagu dah memang best dan berkualiti mesti ada yang hargai.
Quote Joysparta 21-7-2020 03:17 PM
suria lately putar lagu2 hauk...ntah hape2 lagu…
Quote dekmieDandy 21-7-2020 04:00 PM
aku pon sekarang tak dengar radio untuk lagu dah, mostly untuk show / segmen je

pagi dengar kool fm (berilmiah, tapi tak formal)

petang dengar suria (hilang stress kerja gelak)

selain dua waktu ni memang dengar spotify je
Quote azimodin 21-7-2020 04:23 PM
dah malas nak dengar radio sekarang, asyik2 lagu yang sama. nak ke ofis, meouls ambik masa 45 to 60 minutes, kadang2 lagu yang sama diulang 4 kali dalam satu trip. melampau betul. meouls dengan BFM je, boleh la dengar pasal politik & ekonomi. kalau rasa nak riang gembira sikit dengar lagu2 lama  or podcast kat youtube/ sportify je la. Apa kata nora pon beralih ke platform lain.
Quote aammyy 21-7-2020 09:23 PM
azimodin replied at 21-7-2020 04:23 PM
dah malas nak dengar radio sekarang, asyik2 lagu yang sama. nak ke ofis, meouls ambik masa 45 to 60  ...

SETUJU! Zaman sekarang radio kereta orang dah boleh bluetooth joox, Spotify & YouTube.

Tapi I juga setuju kalau dia tak buat lagu. Mungkin bagi I sbb dia dah tak relevan. Dia patut fokus utk buat show saja
Quote azimodin 22-7-2020 08:39 AM
aammyy replied at 21-7-2020 09:23 PM
SETUJU! Zaman sekarang radio kereta orang dah boleh bluetooth joox, Spotify & YouTube.

Tapi I j ...

Agreed. Buat corporate show sudah la, macam retis otai yang lain. Jika nak keluar product baru mmg kena evolve mengikut arus zaman. Sekarang retis semua berkejaran jadi content creator nak terus hidup dalam industri. Tambahan pulak norma baru ni show xbanyak. Better nora revive balik project animasi umi dia tu
Quote bintangcinta 22-7-2020 09:29 AM
jangan berharap dengan radio dahlah kakak oi. orang dengar radio pun time pergi and balik kerja tu pun sebab dengar dj2 sengal berborak.

baik fokus kat streaming. Ramai je orang dengar lagu retis2 lama ni kat sana. spotify, joox,  youtube. happy je takde iklan (premium lah tapi)
Quote luvcomot87 22-7-2020 04:59 PM
bintangcinta replied at 22-7-2020 09:29 AM
jangan berharap dengan radio dahlah kakak oi. orang dengar radio pun time pergi and balik kerja tu p ...

Betul.. kalau x takkan penyanyi bbnu semua mendunia kat platform lain selain dri radio..
Quote supernaturalee 22-7-2020 05:24 PM
create channel sendiri kt YouTube tu
then post lagu2 baru kt situ
klu org suka org akn tegk dan ulang2
diam xdiam silap hr bulan juta2 jgk views
ada lh income pasif kt situ

plus sheols 1 of the best singer di msia
why not post video2 performance sheols yg lama2
lg menarik yg rare org xpnh tgk

buat video cerita experience2 sheols ms di rtm, ajl, aim semua tu
make sure buat video cantik2, edit cantik2, plus gmbr2 lm dgn snippet performance yg related
then, boom post
you never know jd rujukan ms2 akn dtg


Quote aammyy 23-7-2020 04:34 PM
supernaturalee replied at 22-7-2020 05:24 PM
create channel sendiri kt YouTube tu
then post lagu2 baru kt situ
klu org suka org akn tegk dan ul ...

Untuk post balik performance yg lama2 tak boleh kot sbb ada copyright stesen tv? Dia boleh buat cover lagu2 dia sendiri - akustik, atau lagu orang lain yg tgh trending.
Quote supernaturalee 23-7-2020 05:11 PM
aammyy replied at 23-7-2020 04:34 PM
Untuk post balik performance yg lama2 tak boleh kot sbb ada copyright stesen tv? Dia boleh buat co ...

bab copyright tu kena ada hitam putih
royalti atau pendapatan tu maybe blh kasi portion jgk kt stesen tv
win-win situation


Quote BicaraHatiku 23-7-2020 05:33 PM
sleepandream replied at 17-7-2020 04:33 PM
kalau lagu sedap radio main je...
kalau ikhlas berkarya keluarkan jela lagu..
ada luck lagu sedap  ...

Betul tuu mcm kak Mitch ..Sampai Bila lps tu pandai2 la jual utk drama.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.048584 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top