Bayi lelaki berusia setahun maut akibat ego dan kebodohan ibu bapanya. Menurut media tempatan yang dipetik AWANI, mangsa maut dalam kemalangan di Las Vegas selepas ibu bapanya memutuskan untuk 'berlumba' di jalan raya selepas membuat temu janji bagi membincangkan isu hak penjagaan anak.
Menurut laporan, Royce Jones yang berada di tempat duduk kanak-kanak maut di tempat kejadian selepas Hyundai Sonata dipandu ibunya, Lauren Prescia, 23, merempuh penghadang konkrit pada kelajuan 200 kilometer sejam. Lauren yang memandu dalam keadaan mabuk bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Menerusi rakaman dashcam beberapa saat sebelum kejadian, kereta dipandu wanita itu dilihat memecut menghampiri SUV Mercedes putih yang dipandu bekas suaminya Cameron Hubbard-Jones, 23, pada kelajuan sekitar 150 kilometer sejam. Lauren yang ditahan dan hadir ke mahkamah bagi sebutan kes pada Selasa berdepan tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan kematian dan melakukan penderaan kanak-kanak sehingga mengakibatkan kematian.
Manakala, Hubbard-Jones berdepan tuduhan menyebabkan kematian akibat memandu secara cuai. - CARI |
MissVixen replied at 17-7-2020 06:14 PM
Mak pak tak guna. Bayi punya carseat pun tak pasang elok2 agaknya.
Wow. Hebat juga hyundai ni eks ...
ADVERTISEMENT