Seorang bayi lelaki yang masih hidup dan bertali pusat ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham, Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, bayi tersebut dicampak oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari tingkap biliknya, berketinggian sembilan meter yang terletak di tingkat dua. "Seorang saksi yang juga jiran suspek mendengar bunyi kuat seperti benda terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemukan bayi berkenaan sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya yang menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12.35 tengah hari. Harian Metro melaporkan, hasil pemeriksaan mendapati terdpat kesan tompokan darah pada jeriji tingkap serta cadar di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru berpindah sebulan ke rumah tersebut dari Batu Caves, Selangor.
Bayi berkenaan kini dalam keadaan kritikal dan cedera pada bahagian kepala. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh. "Suspek dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut. Keterangan lanjut belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan." Ibu bapa dan dua adik suspek tidak mengetahui tentang kehamilan remaja tersebut. Sebelum kejadian suspek tidak menunjukkan petanda mahu melahirkan anak sebaliknya baru sahaja memberitahu datang haid. -CARI
|
nazzse replied at 19-7-2020 07:24 AM
Dah ada
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1208162&mobile=2
ADVERTISEMENT