"Dah lama tak masuk ring, sekali-sekala sedap juga." Dengar cerita, Hairi Safwan bertumbuk. Kenapa tu? Menerusi perkongsian di Instagramnya, Hairi mendedahkan dia bergaduh dengan seorang lelaki yang memaki pasangannya ketika dalam perjalanan ke farmasi bersama anaknya, beberapa hari lepas. Ekoran pergaduhan itu, matanya tidak dapat dibuka sepenuhnya akibat cedera. Di akhir hantarannya, Hairi berpesan kepada orang ramai terutama golongan lelaki supaya tidak sesekali menghina wanita sebagai pelacur. "Jangan sesekali kita hina dan kata wanita pelacur, padahal puncanya dari lelaki, bukannya takdir," tegasnya. - CARI
|
ina_na replied at 20-7-2020 12:12 PM
Dia ni kalo berlakon kelako gak.. X kelako jd antu atau setan.. Tp rsnye dia baik dr adik dia yg che ...
ADVERTISEMENT