|
Seorang wanita yang sarat mengandung terpaksa melahirkan anak berhampiran pejabat pegawai daerah di barat Bengal di Durgapur. Gulf News melaporkan, wanita tersebut dilarang daripada mendapatkan rawatan lanjut di hospital berkenaan.
Puja Shaw datang ke hospital tersebut bersama ibunya, Titha Goswami. Walaupun merayu namun pihak hospital menafikan permintaannya itu. "Anak perempuan saya berada dalam keadaan kesakitan untuk melahirkan anak namun pihak hospital tidak mahu memberikan rawatan sewajarnya," katanya kepada Asian News International (ANI). Menurutnya doktor yang mengetahui tentang juga tidak membantu apa-apa.
Tidak berapa lama selepas itu, Puja Shaw melahirkan anak di tepi jalan kerana tidak mempunyai pilihan lain. Majistret Daerah Durgapur, Anirban Koley yang mendapat tahu kejadian itu membawa ibu dan bayinya untuk mendapatkan rawatan lanjut. -CARI
|






ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038200 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.