Seorang pesakit mental yang sering membuang air kencing merata-rata maut dibelasah seorang lagi pesakit mental di sebuah pusat jagaan swasta di Tambun. Menurut Sinar Harian, suspek berusia 53 tahun dilaporkan memukul dan beberapa kali menumbuk mangsa, 57, kerana tidak tahan dengan sikapnya itu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian berkata, mangsa ditemui pesakit lain dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di sebuah bilik kira-kira jam 8 pagi, semalam sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia. "Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam di bahagian muka, mata, bawah mata dan leher mangsa kesan pukulan. "Siasatan lanjut di tempat kejadian turut menemui kesan darah di dinding bilik. "Suspek dikatakan sudah lama menyimpan perasaan marah hingga tidak mampu mengawalnya lagi pada hari kejadian.
"Mangsa sebenarnya sudah tidak mampu bergerak dan ada masalah penglihatan. Kita juga akan jalankan siasatan lanjut ke atas pusat jagaan ini dari segi rekod pesakit dan mengenal pasti ianya berdaftar atau tidak," katanya. Asmadi bagaimanapun berkata, buat masa ini kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sementara menunggu laporan psikiatri suspek dan hasil bedah siasat mangsa. - CARI
|
noor2 replied at 21-7-2020 05:15 AM
Yg membunuh tu mental juga ke......
little_sis replied at 21-7-2020 06:16 AM
yg bunuh tu rakan sebilik mangsa yg tinggal kat pusat jagaan mental...
ADVERTISEMENT