Pengerusi Eksekutif Skuad Penguruan Jenazah Malaysia (SPJ Malaysia), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid baru-baru ini menceritakan tentang pengalaman pasukannya menyempurnakan satu jenazah lelaki warga Bangladesh yang meinggal pada 13 Julai lepas.
Katanya melalui Facebook, "Arwah tidak dapat disempurnakan kerana masalah ketiadaan waris di Malaysia. Alhamdullillah walaupun sudah lebih seminggu disimpan di dalam peti beku mayat, jenazahnya masih elok dan sempurna." Menurutnya, arwah meninggal selepas mengadu sakit dada. "Kalau dalam peti, tempoh tujuh hingga 14 hari mayat akan mula mengecut. Kalau di luar, dalam satu hingga dua hari dah mula reput."
Cerita Ustaz Rafie lagi, semasa hayatnya, arwah suka melakukan kerja-kerja sukarelawan dengan membersihkan kawasan surau. "Jenazahnya baik mungkin Allah muliakan arwah sewaktu hayatnya memang kuat berkhidmat di surau tempat tinggalnya. Jemaah surau kata lima waktu dia mesti ada." Tambah ustaz, dia berasa sebak sekali ketika menguruskan pengebumian jenazah. "Kawan-kawan arwah di sini buat panggilan video untuk keluarganya dari jauh mengikuti proses pengebumian jenazah." Difahamkan salah satu faktor jenazah diuruskan tanpa keluarga adalah disebabkan kekangan daripada kawalan pintu sempadan negara disebabkan pandemik Covid-19. Jenazah berjaya disempurnakan dalam tempoh yang singkat. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. -CARI |
dodolgemok replied at 22-7-2020 03:22 PM
Dah simpan dalam peti beku ais, mmg la mayat well preserved, lagi2 kalau freezer tu bagus. Habis tu ...
Kurex replied at 22-7-2020 07:09 AM
Innalillah..
Lepas ni boleh la bawak bangla masuk sini beramai2
pearl.silver replied at 22-7-2020 03:47 PM
Iols tgk citer korea yg forensic tu. Myt dah tanam bertahun2, gali balik well preserved. Kiranya mas ...
djzara81 replied at 22-7-2020 04:18 PM
Aku percaya je org byk beramal dan ikut perintah Allah, jasadnya akan dimuliakan & proses pengkebumi ...
dodolgemok replied at 22-7-2020 03:22 PM
Dah simpan dalam peti beku ais, mmg la mayat well preserved, lagi2 kalau freezer tu bagus. Habis tu ...
ADVERTISEMENT