Sejak berusia 19 tahun, Nguyen Thi Dinh dari wilayah Ben Tre yang kini sudah berusia 83 tahun tidak pernah memotong rambutnya. Wanita warga emas itu kini memiliki rambut sepanjang enam meter.
Odditycentral.com melaporkan, alasannya tidak memotong rambut adalah kerana mengalami sakit kepala yang serius sehingga memerlukan rawatan khusus. Katanya, sakit kepalanya semakin pulih apabila rambutnya semakin panjang. "Saya juga tidak mencuci rambut kerana sakit kepala jika terkena air." Selepas 64 tahun tak potong rambut, Thi Dinh mengalamai kesukaran untuk bergerak kerana rambutnya terlalu panjang.
Menurut sumber, sejak tahun 1990, dia tinggal di tokong untuk memudahkannya beribadah. Rambutnya tumbuh sebanyak 10 sentimeter sebulan dan warnanya yang sudah bertukar menjadi putih menjadi tarikan utama pengunjung ke tokong berkenaan. -CARI
|
ADVERTISEMENT