Kembali ke set penggambaran memang ditunggu-tunggu sebilangan anak seni. Namun, pelakon Fattah Amin akui bimbang dijangkiti Covid-19 lebih-lebih lagi fazura sedang sarat hamilkan cahaya mata sulung mereka.
"Memang saya risau tapi dekat mana-mana kita pergi pun wabak itu ada. Tapi selagi kita semua jaga jarak dan lakukan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, InsyaAllah semuanya selamat. "Saya memang akan pastikan sentiasa ikut SOP. Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain. "Apa-apa pun kena pandai jaga diri. InsyaAllah tak ada apa-apa. Kalau saya jaga semua itu, tak ada la bawa sampai ke rumah," katanya kepada mStar. Fazura dijangka melahirkan pada Oktober ini. - CARI
|
epuepy replied at 25-7-2020 07:17 PM
Glowing nyerr mummy to be.. Simple je outfit, tp bersinar2
Bkn karat fazira, tp kagum ngn kecantika ...
ADVERTISEMENT