|
Perintah berkurung di bandar sempadan Kaesong telah dilaksanakan oleh Pihak berkuasa Korea Utara selepas kes pertama Covid-19 dikesan di negara tersebut.
Laporan media tempatan menyatakan, pemimpinnya, Kim Jong Un mengadakan menyuarat kecemasan biro politik negara itu untuk melaksanakan 'sistem kecemasan maksimum dan amaran kelas tertinggi'. Jika benar, ia menjadi kes pertama Covid-19 di negara tersebut di mana infrastruktur kesihatannya dilihat tidak mencukupi untuk mengawal penularan wabak berkenaan. Menurut sumber, idividu yang dijangkiti itu pergi ke Korea Selatan tiga tahun lepas dan kembali semula pada 19 Julai selepas menyeberang secara haram. Bagaimanapun tiada laporan di Korea Selatan yang memaklumkan terdapat individu yang meninggalkan negara tersebut menerusi sempadan.
Sebelum ini Pyongyang mendakwa tiada kes Covid-19 dilaporkan di negara tersebut. Pesakit yang dikesan di Bandar Kaesong itu kini diletakkan di bawah pengawasan kuarantin ketat termasuk kontak rapat. -CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:39 AM GMT+8 , Processed in 1.640846 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.