Sepasang kekasih hanyut dek asmara hingga terlupa menarik langsir ketika sedang berhubungan intim di sebuah hotel. TribunNews melaporkan, polis menerima maklumat daripada penduduk tempatan yang terkejut melihat adegan panas pasangan terbabit dari tingkap di tingkat enam sebuah hotel di daerah Kembangan, Jakarta.
Berikutan itu, polis dikerahkan ke tempat kejadian di Jalan Kembangan Raya pada malam Jumaat lalu untuk membuat pemeriksaan. Selepas diperiksa keesokan harinya, mereka dapati pasangan masing-masing berusia 25 tahun itu masih menginap di bilik berkenaan dan diminta untuk memberi keterangan. AKP Niko Purba berkata, pihaknya tidak dapat menahan pasangan itu memandangkan kejadian tiada unsur pelacuran atau pornografi dan pasangan terbabit bukan bawah umur. - CARI
|
farlis replied at 29-7-2020 12:13 PM
best ka tgk org main?? terbayang adegan depan mata sorong papan tarik papan housemate.. jijikss laaa ...
ADVERTISEMENT