Zul Ariffin katanya nak kahwin pada tahun 2020, tapi sampai sekarang tak ada pula sebarang pengumuman. Disebabkan itu ramai yang membuat spekulasi hubungan Zul dan teman wanita yang masih dirahsiakan identitinya itu dah putus di tengah jalan.
Bagaimanapun pelakon ini kata segala perancangan kahwin ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.
"Apabila wabak melanda dan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu, semua perancangan dibuat tidak menjadi termasuk soal perkahwinan. "Melihat keadaan sekarang, kita nak buat perancangan pun tak berani. Insya-Allah, kalau tahun ini tidak dapat, saya akan bawa hasrat untuk berkahwin tahun depan. "Tetapi, ia bukanlah pada awal tahun kerana ada banyak kerja yang harus diselesaikan. Mungkin pertengahan tahun waktu yang sangat sesuai," katanya kepada BH Online.
Tambahnya dia bersyukur kerana pasangannya itu memahami situasi dan tak terlalu memaksa. "Mujur si dia faham dan tiada halangan untuk menangguhkan perkahwinan. Kami tidak bergaduh pun. Bila ditunda, bolehlah saya buat persiapan dengan lebih serius dan rapi. "Tahun lalu saya berangan sahaja. Tiadalah buat persiapan beriya-iya, tetapi bukanlah hendak kata saya tidak serius. "Saya sudah lama bersedia untuk menjadi suami. Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini."
Sebelum ini Zul memberitahu yang teman wanitanya bukanlah seorang selebriti dan bukan beragama Islam. Zul juga kata satu hari nanti dia akan memperkenalkan bakal isterinya itu sekiranya si dia sudah bersedia. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|