Kecoh dengan keputusan mahkamah terhadap pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan. Bagaimanapun satu video yang tersebar menyaksikan seorang makcik mengamuk berjaya meraih perhatian. Katanya makcik tersebut adalah penyokong tegar DS Najib.
Dengan lantang dan yakin dia kata, "Mana ada perdana menteri bela nasib rakyat macam DS Najib!" Tengok sini: Di ruangan komen ramai pula yang bersimpati dengan makcik tersebut yang kelihatan tidak tahu-menahu tentang hakikat yang sebenar. Bagaimana pendapat anda? -CARI
|
kucingitam replied at 28-7-2020 04:31 PM
siapalah yg bawak makcik ni...
ADVERTISEMENT