|
Seorang remaja perempuan dibuli beberapa pelajar di Tambun Selatan, Bekasi, Jawa Barat.
Dalam satu video tular, mangsa yang menangis dipaksa mencium kaki pelajar perempuan yang merakam aksinya itu. Memetik TribunNews, kejadian buli itu dipercayai berlaku kerana pelaku tidak puas hati mangsa mengenakan 'solekan berlebihan' ketika ke sekolah. "Dah, jangan buat lagi seperti ini. Ini aku ingatkan, kalau kau ke sekolah muka tu jangan disolek berlebihan," katanya. Dalam satu video lain menunjukkan mangsa ditendang beberapa remaja perempuan lain selepas ditarik dari motosikalnya. Difahamkan, kesemua mangsa dan pelaku merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Tambun. Bagaimanapun, Suara.com melaporkan susulan kejadian, muncul sebuah video dipercayai daripada pelaku yang mendakwa individu dalam video buli berkenaan bukan dirinya, sebaliknya video tular itu menggunakan aplikasi tukar wajah membuat pelaku sebenar mirip wajahnya. Sementara itu, Kompas semalam melaporkan Ketua Polis Daerah Tambun, AKP Gana berkata pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kes berkenaan. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.554562 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.