Lelaki mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan melakukan keganasan seksual terhadap isterinya dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan. Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman itu selepas Himni Nur Hamid, 36, yang juga seorang nelayan mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Memetik AWANI, Himni didakwa menyebabkan kecederaan serta mengurung isterinya, 36, di sebuah rumah di Lumut pada 16 hingga 18 April lalu. Tertuduh juga berdepan pertuduhan menggunakan alat kemaluan palsu dan meliwat isterinya, selain memiliki 13 keping cakera padat video (VCD) lucah pada masa dan lokasi sama. Manakala, BH Online melaporkan, Himni dihukum penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap empat pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan menggunakan zakar palsu terhadap isterinya. Tertuduh juga dipenjara dua tahun bagi satu pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas mangsa dan dipenjara setahun bagi dua pertuduhan kerana mengurung isteri serta memiliki 13 keping VCD lucah.
Dia diarahkan menjalani semua hukuman serentak bermula semalam, menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan lapan sebatan. - CARI
|
Ed_Lyn replied at 28-7-2020 06:16 PM
Ambik kau.. Kena 64 tahun.. Mampus mereput dlm penjara.. Kau buat isteri kau tu macam alat pemuas n ...
Ed_Lyn replied at 28-7-2020 06:16 PM
Ambik kau.. Kena 64 tahun.. Mampus mereput dlm penjara.. Kau buat isteri kau tu macam alat pemuas n ...
damsel_fiji replied at 28-7-2020 07:25 PM
mana la mamat ni dapat zakar palsu..beli kt lazada ke shopee??
sarah82 replied at 28-7-2020 07:28 PM
Byk wei.. Tambah2 lazada.. Hahahahaaha
Ed_Lyn replied at 28-7-2020 06:16 PM
Ambik kau.. Kena 64 tahun.. Mampus mereput dlm penjara.. Kau buat isteri kau tu macam alat pemuas n ...
damsel_fiji replied at 28-7-2020 07:29 PM
ye ke sis..tak penah plak aku nak cek..kikiki
gadget replied at 28-7-2020 11:24 AM
kiranya dia disabit "gantung sampai mati" lah ekk? sbb 36+64=100 tahun...jarang org hidup sampai 1 ...
nazzse replied at 28-7-2020 07:40 PM
15 tahun je, baca sampai habis ke tak??
Semua hukuman jalan serentak
mikasa replied at 28-7-2020 07:47 PM
Umur dah 64..masih nafsu kuda..makan apa ni pakcik..share sikit
ADVERTISEMENT