Rita Nadira mengesahkan sudah putus cinta dengan adik Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy. "Saya kini solo. Sejak tahun lalu, kami berdua ambil keputusan untuk memberikan fokus dengan kerja masing-masing," katanya kepada Harian Metro.
Walaupun dah berpisah, mereka berdua masih berkwan baik dan tak ada apa-apa masalah pun. Tambahan pula pengurus Rita adalah ibu Ezzrin sendiri. "Saya dan Ezzrin masih menjalinkan hubungan baik. Kami okay, masih berkawan dan tak gaduh pun. Apatah lagi ibunya adalah pengurus saya. "Sekarang, dia fokus pada kerja dan begitu juga saya. Kami memutuskan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap karier." Perkembangan dalam dunia seni, Rita memegang watak utama dalam drama bersiri Juliet. Pelakon ini juga bersedia melangkah jauh dalam bidang lakonan dan berdepan dengan onak duri anak seni.
"Sebenarnya kalau kita sendiri sudah ceburi bidang ini, kita kena berani. Kalau tak, kenapa masuk bidang ini? Menjadi saya mudah iaitu ikut saja aturan ditetapkan. Saya tidak atur hidup dengan menetapkan nak menjadi itu dan ini. "Bagi saya buat silap itu biasa. Tapi, orang nasihatkan saya supaya berhati-hati supaya tidak buat silap. Paling penting jaga diri, personaliti dan sikap. Dengan cara itu orang boleh hormat kita." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|