|
Seorang suami ditahan polis selepas membunuh isterinya di rumah percutian mereka di perancis. Billy Kruger dan isterinya Laure Bardina-Kruger, 52, dipercayai bertengkar sebelum bertindak menikamnnya dua kali menggunakan pisau.
AFP melaporkan, kedua-duanya menetap di Jakarta di mana lelaki warganegara Amerika Syarikat itu bekerja sebagai jurulatih selam skuba, sementara isterinya pula adalah seorang guru. Kruger telah membuang mayat isterinya ke dalam parit di kawasan kampung di Peyricar-de-Mer. Difahamkan sebelum kejadian, ayahnya mengesyaki sesuatu yang pelik kerana pasangan itu tidak mengucapkan selamat tinggal sebelum berlepas ke Jakarta.
Media tempatan melaporkan, lelaki berkenaan kini ditahan sementara menunggu perbicaraan. Pasangan itu sudah berkahwin selama 26 tahun. -CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.772440 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.