Selepas kontroversi pendakwah bebas PU Abu dan Dai Farhan, finalis Imam Muda 2014, Syed Mohd Faris Syed Roslan pula buat hal. Memetik mStar, Syed Faris, 34, menceraikan isterinya Nur Hidayu Rosly, 33, dengan talak satu pada 28 Mei lalu. Bagaimanapun, ibu kepada bekas isterinya yang mahu dikenali sebagai Zainab, 60, menyifatkan Syed Faris seorang yang tidak bertanggungjawab. Malah, dia mendakwa bekas menantunya itu beberapa kali kantoi berlaku curang terutama ketika Hidayu sedang hamil. "Alasan yang dia bagi pada saya apabila saya tanya kenapa kahwin dengan perempuan tu, dia kata untuk menjana ekonomi dan bantu kewangan keluarga. "Dia kata perempuan tu pandai buat bisnes online selain untuk elak berlakunya maksiat," ujarnya yang reda dengan ujian dihadapi anaknya. Sebelum ini, dalam sebuah laporan Harian Metro, Hidayu mengesahkan status rumah tangga mereka dan mendedahkan dikasari madunya. Dakwanya, ia berlaku selepas mereka dimaklumkan salah seorang daripada mereka akan dilepaskan Syed Faris. Katanya, dia mula menyedari perubahan pada suami yang kerap pulang lewat termasuk tidak pulang ke rumah langsung selain culas dalam memberi wang nafkah. Hidayu hanya dimaklumkan suami sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima. Tambahnya, dia pernah menghalang hasrat suaminya untuk berkahwin lain kerana berfikir mengenai anak mereka. Namun, Syed Faris berkeras selain mendakwa wanita itu boleh melayannya lebih hebat. "Malah, sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami," ujarnya. Bertabahlah, Hidayu. - CARI
|
barfi: Lelaki yg tak alim, dia akan pasang sugar baby/skandal.Manakala lelaki yg alim ni plak akan kawin cerai kawin cerai kononnya taknak berzina.Well. Apa ...
Lailerthee replied at 30-7-2020 02:50 PM
Mmg alasan jantan skrg nk khwen sbb nk jana pendapatan family ea? Apa kau xboleh nk jana sndri kewan ...
barfi replied at 30-7-2020 02:46 PM
Lelaki yg tak alim, dia akan pasang sugar baby/skandal.
Manakala lelaki yg alim ni plak akan kawi ...
barfi replied at 30-7-2020 02:46 PM
Lelaki yg tak alim, dia akan pasang sugar baby/skandal.
Manakala lelaki yg alim ni plak akan kawi ...
ADVERTISEMENT