Solat di tepi lebuh raya tiba-tiba trending gara-gara sekeping gambar menunjukkan beberapa wanita menunaikan bersolat berhampiran Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sebelum raya Aidiladha. Perkara ini berlaku berikutan kesesakan jalan raya ketika balik kampung ke pantai timur sehingga berbelas jam hingga mencetuskan perdebatan di Twitter. Tidak cukupkah fasiliti di Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) hingga menyebabkan ada kelompok sanggup membahayakan diri dan orang lain dengan solat di tepi 'highway'? Fenomena yang biasanya dilihat di negara luar kini dapat dilihat di negara sendiri. Namun, sejauh mana ianya perlu? Bagi yang menyokong tindakan kumpulan itu menegaskan ianya disebabkan kejadian berlaku ketika waktu subuh yang mana solat tidak boleh diqada, sementelah lagi jalan sesak sehingga bergerak seperti siput menyebabkan mereka tiada pilihan lain. Manakala, satu pihak lagi menyatakan adalah berbahaya menggunakan laluan kecemasan sebagai ruang solat. Pelbagai pendapat disuarakan kerana prihatin dengan situasi tersebut. Tapi, betul ke selagi tak merasai situasi tersebut, tak perlu menunding jari? - CARI |
anilanil: Kalo musafir bole je solat jamak & qasar. Even balik hometown pon musafir sbb ko dah tak bermukim kat situ. Ko kerje/study tempat lain. Dah sampai k ...
lavendernovella: Unta dijadikan dari jin??? {:spec
vee_zara replied at 1-8-2020 05:38 PM
Setuju mmg kurang sesuai solat tepi jalan. Kalau tetibe ada perkara tak diingini terjadi kan bahaya. ...
barfi replied at 1-8-2020 08:03 AM
Rasanya waktu subuh ni.. tapi kalau iols solat dalam kereta jah. Macam solat dalam flight tu.
ADVERTISEMENT