|
Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr Erin menitip pesanan buat kaum hawa supaya tidak terlalu membangga diri atas pegorbanan sebagai isteri dalam rumah tangga.
Bekas isteri pendakwah bebas kontroversi Da’i Farhan menerusi kemas kini di Instagram sebaliknya menegaskan bahawa suami atau isteri ada pengorbanan masing-masing. Erin juga mengambil kesempatan memberi nasihat kepada warga maya supaya tidak ikut masuk campur dalam masalah rumah tangga dihadapi orang lain. "Suami isteri bergaduh paling lama lama enam bulan je. Ada yang dah rujuk balik dah pun, tapi netizen yang dik maki hamun kutuk sampai lebam tu bawa dosa sampai ke liang lahad," tulisnya. Erin sebelum ini mendedahkan sudah diceraikan Da'i Farhan pada 27 April lalu sebelum berkongsi berita sedih mengalami keguguran pada 19 Jun. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.116554 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.