Lepas satu, satu dugaan mendatang. Terkini, bekas isteri Da'i Farhan, Fatin Nurul Ain menjadi mangsa penipuan siber pula. Malah, individu berkenaan menyamar sebagai Fatin menerusi aplikasi mencari pasangan, michat.
"Saya belajar agama dan mengajar agama. Takutlah pada Allah... "Untuk makluman saya hanya aktif dua Akaun ini sahaja, akaun lain seperti michat, mewe atau yang lain memang tiada. "Dengan status baru saya, saya tampil diri pertahankan maruah diri saya dari fitnah ni, memang sangat besar. Melibatkan nama baik dan keluarga saya," tulisnya di Instagram seperti dipetik Gempak.
Sementara itu, status terkini di Facebooknya menunjukkan akaun berkenaan sudah dipadam individu tidak bertanggungjawab itu. "Perbuatan ini perlu dihentikan! Saya dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa, supaya orang lain juga tidak menjadi mangsa," tulisnya. Bertabahlah dengan segala ujian yang mendatang, Fatin. - CARI
|
umbut replied at 3-8-2020 09:54 AM
Dia ni dah balik semula ke kat laki janggut kambing tu
ADVERTISEMENT