|
Bekas timbalan presiden parti, Mohamed Azmin Ali diberi peringatan supaya tidak membawa "dendam peribadi" ke Permatang Pauh. Adun PKR Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung dipetik MalaysiaKini berkata demikian selepas Azmin menyampaikan hasratnya membawa perubahan "sebenar" ke Permatang Pauh.
"Azmin sudah banyak buat kekacauan dalam PKR. "Kedua, hasrat Azmin Ali dan Perikatan Nasional (PN) untuk membawa perubahan 'sebenar' ke Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang hanyalah angan-angan. "Saya pasti apabila tiba waktunya, rakyat Pulau Pinang akan mengetahui cara menangani pengkhianat dan katak," katanya. Sementara itu, penganalisis politik Pensyarah Universiti Sains Malaysia Sivamurugan Pandian berpendapat tidak mudah bagi PN menembusi Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat Anwar Ibrahim dan keluarganya.
"Sukar bagi PN untuk memenangi kerusi tradisional ini selain terdapat khabar angin bahawa Anwar akan kembali bertanding di sini pada pilihan raya akan datang. "Pengundi di sini mempunyai hubungan sentimental dengan keluarga Anwar. Mereka tidak terikat dengan isu," katanya. - CARI
|
Rogue98 replied at 3-8-2020 06:55 PM
Assmin ni parti pun xde tapi banyak cakap. Skrg menempel lah pulak dekat Tun.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.033210 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.