"Pakcik nak cari topeng, kalau tak pakai nanti kena saman." Di kala sesetengah pihak memandang enteng soal pemakaian topeng muka walaupun boleh didenda RM1,000, seorang gelandangan sanggup mendapatkan topeng muka walaupun terpaksa menyelongkar timbunan sampah.
Menerusi perkongsian Khalid di Twitter, gambar itu dirakam di Pasar Besar Ampangan, Seremban. Ekoran itu, dia memohon jasa baik sesiapa untuk memaklumkan kepadanya jika terjumpa lelaki berkenaan. "Siapa nak cari dia, kalau jumpa tolong bagi DM. Nanti aku transfer balik RM50 (untuk dia la bukan korang!) kalau korang jumpa," tulisnya. Situasi pakcik ini mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan warga maya. Tidak kurang juga yang musykil dengan tindakan pakcik itu dan membuat spekulasi bahawa dia mungkin mengumpul topeng terpakai untuk dijual semula. Malah, Khalid juga meminta orang ramai supaya tidak mudah menghukum dan marah-marah terhadap mana-mana individu yang tidak memakai topeng muka ketika berada di kawasan awam kerana mereka mungkin tidak mampu untuk memilikinya. - CARI
|
nuninanoona: kesian..sekarang ni bukan setakat makanan je kena hulur kat gelandangan tapi topeng pun penting..ingat ye muka kita ni bernilai RM1000 sejak 1-8-2020. ...
Normabaru replied at 3-8-2020 04:56 PM
Nak tanya satu je.. Masa pkp hr tu pakcik ni kat mana?bkn semua gelandangan dh dimasukkan dlm pu ...
anony-mous replied at 3-8-2020 05:06 PM
Klau dah malas tu mmg susah sikit. Lgpon gelandangan biasanya x ada dekat tempat sesak kan? Geland ...
Normabaru replied at 3-8-2020 05:09 PM
Dia kat pasar besar ampangan tu bkn tmpt awam / sesak ke.. Adudu
anony-mous replied at 3-8-2020 05:35 PM
Kenapa dia dekat situ? Apa dia buat dekat situ? Keje ke?
Normabaru: Nak tanya satu je.. Masa pkp hr tu pakcik ni kat mana?bkn semua gelandangan dh dimasukkan dlm pusat latihan kemahiran dan diberi kerja ke? Siap makan ...
matchstick replied at 3-8-2020 08:21 PM
I ingt gelandangan kt klang valley je yg masuk pusat latihan itu hari..diorg kutip seluruh Malay ...
ADVERTISEMENT