Rita Rudaini bagi pesan kepada bekas suami Lufya Omar, Dr Che Hafiz supaya sentiasa menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak perempuannya, Laana Haura.
Kata Rita, dengan kecanggihan teknologi sekarang, semuanya mudah!
"Dah ada akaun bank sendiri dah ka Haura? Lagi senang la daddy Haura nak bagi duit kat Haura. "Hidup di zaman canggih moden ni macam-macam cara dan cabang nak bagi nafkah kat anak. "Nak bagi dengan tak bagi ja. Tapi jangan la berdrama kata bagi sebenarnya hado," tulisnya.
Tambahnya tak salah nak bergembira asalkan tanggungjawab tak diketepikan. "Nak bergembira, bergembira la tapi jangan lupa bagi nafkah anak. Dapat pahala. Malu kat orang aih kerja doktor tapi bengap bab tanggungjawab. "Tanggungjawab sebagai bapa ni tak perlu kena pi bayar masuk koleh belajar. Kalau rasa diri tu manusia, jadi la sebagai seorang manusia. "Kalau tak reti tanggungjawab, jangan jadi manusia. Tukar la jadi tapir ka, tenuk ka, khinzir ka," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|